Aktiviti 2
OBJEKTIF :
1. Pelajar dapat
menyenaraikan kaedah-kaedah yang boleh dilakukan untuk mencapai cita- cita
mereka.
2. Pelajar dapat
melaksanakan kaedah yang diberi dengan jayanya.
3. Pelajar
mengetahui dan boleh mengatasi masalah serta rintangan di dalam melaksanakan
kaedah-kaedah ke arah mencapai cita-cita mereka.
Bahan : Alat Tulis,
Kertas A4
Langkah :
1. Guru mengedarkan
kertas A4 kepada setiap murid.
2. Guru menerangkan
tugasan yang perlu dilakukan oleh murid.
3. Murid menulis dan
menyenaraikan kaedah-kaedah ke arah mencapai cita-cita tanpa
pengetahuan
rakan-rakan.
4. Setelah selesai,
secara rawak pelajar membacakan kaedah-kaedah yang ditulis oleh mereka.
5. Guru
menyenaraikan semua kaedah-kaedah tersebut di papan tulis.
Guru menerangkan :
1. Untuk
merealisasikan cita-cita terdapat pelbagai kaedah yang boleh diikuti.
2. Apa juga
permasalahan yang timbul semasa melaksanakan kaedah tersebut, perbincangan boleh
dibuat dengan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan.
3. Setiap usaha atau
kerja perlu dilaksanakan secara terancang, teliti dan sistematik.
4. Kejayaan boleh
dicapai melalui usaha-usaha yang betul, berterusan dan bersungguh- sungguh
tanpa mengenal erti putus asa.
5.
Setiap perancangan mesti dilaksanakan, dinilai, dibaiki dari masa ke semasa
untuk mencapai cita-cita.p/s: Setiap aktiviti mestilah diakhiri dengan pengajaran dan nilai-nilai murni agar murid dapat menghayati dan mengamalkan dalam kehidupan mereka.
No comments:
Post a Comment