Thursday, 14 March 2013

Sistem Token




Token berfungsi seperti wang yang dapat ditukar dengan barangan yang digemari atau aktiviti yang menyeronokkan bagi murid.

Prinsip-prinsip Penggunaan Sistem Token:

Mengenalpasti tingkah laku spesifik yang diberi token
Menggunakan token yang senang dicari
Memilih peneguh/ganjaran yang sesuai melalui token yang dikutip
menetapkan masa memberi token dan masa token ditukar dengan ganjaran .

PENDEKATAN MEMOTIVASIKAN PELAJAR




  1. Ganjaran





Pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Lihat apa kebaikan dan kelebihan pelajar dan suburkannya, mereka pasti mengulangi kebaikan ini di lain masa. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, pelepasan dari tugas harian dan sebagainya.


  1. Berikan Kata Perangsan

Cipta beberapa kata jaya yang menjadi perangsang kepada pelajar anda. Ulangi kata-kata ini. Lekatkan kata-kata ini dalam kelas supaya ia lazim dalam pemikiran pelajar.
Contohnya :
“Doing the best at this moment puts you in the best place for the next moment”
“Nobody plan to fail but many fail to plan. So, lets plan our work and work our plan”
“Problems and difficulties give us the chance to become stronger… and better… and tougher.”






Wednesday, 13 March 2013

Hak-hak jiran ke atas kita


  • 1. Mula memberi salam kepadanya.
  • 2. Tidak terlalu banyak bertanya tentang hal –ehwalnya.
  • 3. Menziarahi apabila ia sakit dan melawatinya apabila ia meninggal dunia.
  • 4. Turut merasakan kesusahan apabila ia sedih dan menunjukkan rasa gembira apabila ia bergembira.
  • 5. Sama-sama menyertai jiran ketika ia dalam kesusahan dan kegenmbiraan.
  • 6. Memaafkan segala kesalahan dan kekhilafannya.
  • 7. Tidak menunjukkan pandangan ke dalam rumahnya sehingga boleh menampakkan auratnya.
  • 8. Tidak menyusahkan perasaannya.
  • 9. Tidak menyempitkan jalan menuju ke rumahnya.
  • 10. Tidak menujukan pandangan kepada segala yang dibawa ke dalam rumahnya.
  • 11. Menutup segala keaiban dan dan kecelaan yang dilakukannya.
  • 12. Meringankan daripada malapetaka yang menimpanya.
  • 13. Tidak terpedaya dengan kata-kata orang terhadapnya.
  • 14. Menghormati isteri dan pembantu wanita yang bekerja di rumahnya.
  • 15. Bersikap lemah lembut terhadap anak-anaknya.
  • 16. Memberi tunjuk ajar apa yang tidak diketahui mengenai agama mahupun akhirat.



Dipetik daripada "Bimbingan Mukminin" Imam Al-Ghazali.