Tuesday 16 April 2013

.

Aku penyelesai masalah.


Permasalahan diatas merujuk kepada ketidak seriusan seorang guru yang bernama cikgu daniel terhadap murid-muridnya di kelas sehinggakan murid berkenaan tidak dapat menerima hak mereka iaitu untuk belajar dengan sempurna di dalam kelas.

oleh hal demikian, saya akan memberikan tiga aktiviti awal ( set induksi ) bagi membantu cikgu daniel dalam mengawal keadaan kelas. hal ini akan menarik minat murid untuk memberikan kerjasama kepada cikgu daniel dalam pembelajaran dan pengajaran ( P dan P )

Aktiviti 1 

Nama = Siapa cepat dia yang dapat.
pemberian hadiah ataupun token untuk murid yang mengikuti peraturan. sebelum itu, cikgu daniel sewajarnya untuk menetapkan peraturan di dalam kelas.

Objektif : Mengajak murid-murid sentiasa bersikap positif semasa belajar seperti tidak membuat bising serta mendengar arahan guru. Secara tidak langsung, mengelakkan perlakuan negatif di dalam kelas mengikut nilaian guru.

Bahan : Sticker Smiley 

Langkah:

1. Pastikan murid-murid sentiasa duduk dalam kumpulan masing-masing ketika belajar
2. Kaedah token ini bermula sebaik sahaja proses pengajaran dan pembelajaran bermula
3. Di awal pembelajaran,guru perlulah memberi peringatan kepada murid-murid : 
 a) Kumpulan yang menunjukkan sikap yang positif dan memuaskan hati guru akan menerima sticker smiley senyum
b) Kumpulan yang menunjukkan sikap yang negatif akan mendapat sticker smiley sedih
4.Guru perlu sediakan satu ruang di hadapan kelas sama ada pada papan putih atau papan kenyataan mengikut kumpulan masing-masing bagi mempamerkan (menampal sticker) hasil perlakuan mereka pada hari itu.
5. Setelah sesi pengajaran selesai, di akhir waktu, guru akan memberikan ganjaran kepada kumpulan yang berjaya menunjukkan sikap yang positif. Manakala kumpulan yang gagal, akan menerima dendaan.

Macam mana? Adakah anda rasa aktiviti yang kami cadangkan ini sesuai dengan citarasa anda ? Sebagai bakal pendidik, kita bukan sahaja mahu suasana kelas ceria dan positif untuk    mengharapkan fokus dan tumpuan mereka. Tetapi, kita juga menginginkan mereka terbentuk dengan sikap yang positif dan berakhlak. Walaupun aktiviti kelihatan mudah dan ringkas, namun, guru perlulah berniat untuk menjadikan murid-murid berperibadi baik.










Aktiviti 2

Nama = Anda Bijak Anda Hebat
cikgu daniel akan menarik perhatian murid dengan menggunakan cara menarik perhatian murid-muridnya. cikgu daniel akan membuat perkara yang dicadangkan oleh kami pabila kelas menjadi tidak terkawal.

Objektif = membentuk murid agar senantiasa ' alert ' terhadap apa yang dilakukan oleh guru.

Langkah 1 : Guru akan menyebut nombor 1 sehingga 5. bila murid mendengar nombor disebut, murid akan bersiap siaga untuk meletakkan jari pada mulutnya.
Langkah 2 : Murid akan menyahut panggilan nombor yang disebutkan oleh guru dengan menyatakan ayat seperti ini " saya hebat, bila saya hebat saya akan diam "
Langkah 3 : selepas menyebutnya, murid akan meletakkan tangan pada mulut masing-masing.  
Langkah 4 : Guru menyambung kembali kelas dan akan cakap " bila orang hebat sudah diam, jari di mulut turun kebawah ". guru akan memberikan pujian. 



memerlukan perhubungan yang mesra antara murid dan guru bagi menjayakan aktiviti ringkas ini. 

Aktiviti 3

Nama = Bila saya gembira orang lain tumpang tuahnya.
aktiviti menyanyi dapat membantu cikgu daniel yang sedang menghadapi kesulitan. dengan nyanyian murid-murid dapat berseronok dan umum mengetahui kanak-kanak amat suka untuk menyanyi. adalah lebih baik jika nyanyian tersebut di tambah dengan pergerakan tarian sedikit. hal ini berkemungkinan dapat menyegarkan murid sekaligus membantu mereka bersenam pada awal pagi.

Langkah 1 : cikgu akan menyuruh murid membuat bulatan atau berdiri di tepi meja masing-masing.
Langkah 2 : cikgu membuka muzik video lagu hijau nyanyian zainal abidin dan murid akan menyanyi bersama-sama.
langkah 3 : cikgu membuat gaya dan murid akan meniru perbuatan cikgu.