Thursday 21 March 2013

“BISIKAN MAKMUR”

Aktiviti 3


OBJEKTIF : 

Peserta dapat mengalami pengalaman bagaimana sesuatu mesej itu berubah maksud apabila ia disampaikan oleh ramai penyampai.

ALATAN : Wisel, skrip mesej

SKRIP MESEJ:
Ahmad budak petah. Ibunya bernama Bedah. Ahmad penagih dadah. Bedah selalu marah. Ahmad buat tak endah. Akhirnya terima padah.


Langkah :

1. Murid berada dalam satu barisan.
2. Murid di belakang sekali diberi skrip mesej.
3. Selepas 1 minit skrip mesej diambil semula.
4. Murid tadi membisikkan mesej kepada peserta di hadapan setiap kali wisel dibunyikan.
Murid lain tidak boleh menolah ke belakang.
5. Murid yang menerima mesej tidak boleh bertanya.
6. Setelah selesai, guru :
a. Bertanya peserta di hadapan sekali apakah mesej yang diterima.
b. Bertanya kepada murid-murid lain tentang mesej yang diterima.
 c. Meminta murid pertama membaca skrip mesej yang diberikan.

Guru menerangkan :

Kejujuran dalam menyampaikan maklumat akan menentukan keberkesanan sesuatu maklumat.
Mesej yang tidak jelas dan tidak lengkap akan menimbulkan kekeliruan kepada penerima mesej.




Setiap aktiviti mestilah diakhiri dengan pengajaran dan nilai-nilai murni agar murid dapat menghayati dan mengamalkan dalam kehidupan mereka.

“CITA-CITA SAYA”


Aktiviti 2

OBJEKTIF :

1. Pelajar dapat menyenaraikan kaedah-kaedah yang boleh dilakukan untuk mencapai cita- cita mereka.
2. Pelajar dapat melaksanakan kaedah yang diberi dengan jayanya.
3. Pelajar mengetahui dan boleh mengatasi masalah serta rintangan di dalam melaksanakan kaedah-kaedah ke arah mencapai cita-cita mereka.

Bahan : Alat Tulis, Kertas A4

Langkah :

1. Guru mengedarkan kertas A4 kepada setiap murid.
2. Guru menerangkan tugasan yang perlu dilakukan oleh murid.
3. Murid menulis dan menyenaraikan kaedah-kaedah ke arah mencapai cita-cita tanpa
pengetahuan rakan-rakan.
4. Setelah selesai, secara rawak pelajar membacakan kaedah-kaedah yang ditulis oleh mereka.
5. Guru menyenaraikan semua kaedah-kaedah tersebut di papan tulis.

Guru menerangkan :

1. Untuk merealisasikan cita-cita terdapat pelbagai kaedah yang boleh diikuti.
2. Apa juga permasalahan yang timbul semasa melaksanakan kaedah tersebut, perbincangan boleh dibuat dengan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan.
3. Setiap usaha atau kerja perlu dilaksanakan secara terancang, teliti dan sistematik.
4. Kejayaan boleh dicapai melalui usaha-usaha yang betul, berterusan dan bersungguh- sungguh tanpa mengenal erti putus asa.
5. Setiap perancangan mesti dilaksanakan, dinilai, dibaiki dari masa ke semasa untuk mencapai cita-cita.


p/s:  Setiap aktiviti mestilah diakhiri dengan pengajaran dan nilai-nilai murni agar murid dapat menghayati dan mengamalkan dalam kehidupan mereka.

Monday 18 March 2013

Permainan Aku dan Dia


Aktiviti 1

Permainan Pensil  Dan Pemadam
Objektif : Melatih pelajar berfikir secara rasional
Bahan : Pensil & pemadam.

Langkah :
  1. Guru meletakkan di tangan kirinya pensil & di tangan kanannya pemadam.
  2.  Guru memberi arahan, dengan menunjukkan di tangan kirinya ada pensil & di tangan kanan ada pemadam. Jika guru angkat pensil, maka berserulah pensil!", jika guru angkat pemadam, maka murid katakan "Pemadam!"
  3.  Guru berganti-ganti mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.
  4.  Beberapa saat kemudian guru memberi arahan berbeza, jika guru angkat pensil, maka sebutlah "Pemadam!", jika guru angkat pemadam, maka katakanlah "pensil!".
  5.  Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja pada awalnya murid-murid akan keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, guru menghentikan permainan.


Guru menerangkan :

Mulanya yang benar itu benar, yang salah itu salah. Semua orang jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. 
Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain. 
Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan.


p/s:  Setiap aktiviti mestilah diakhiri dengan pengajaran dan nilai-nilai murni agar murid dapat menghayati dan mengamalkan dalam kehidupan mereka.

Thursday 14 March 2013

Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku


Pengenalan:
          Pengetahuan tentang pengurusan bilik darjah adalah penting kepada kepada guru-guru.
          Pengurusan bilik darjah komponen penting dalam  latihan perguruan kerana murid tidak boleh belajar tanpa ketertiban dalam bilik darjah.
          Pembelajaran serta potensi pelajardapat ditingkatkan apabila guru-guru memahami serta mengaplikasikan strategi pengajaran yang berdasarkan kepada teori perkembangan pelajar serta mengetahui dasar-dasar bagi pembelajaran yang berkesan.




     Levin dan Nolan (2004):
Ø  Menurut mereka adalah mudah membezakan antara dimensi arahan dan pengurusan dalam pengajaran dan memberikan tumpuan kepada pentingnya aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri


     Hall (2000):
Ø  Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan.
Ø  Pengurusan bilik darjah melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar, menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dan menguruskan kerja murid.
Ø  Pengurusan yang efektif dalam bilik darjah haruslah bersifat proaktif, responsif dan menyokong.


Lemlech (1988): 
Ø  Ibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan di  bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosuder dan sumber pengajaran.
Ø  Menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin timbul.


Dermasiswa Untuk Anak-Anak Pahang



Sukacitanya dimaklumkan, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang menyediakan bantuan dermasiswa pelajaran pusat pengajian tinggi atau pondok kepada anak-anak negeri Pahang yang sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi atau Institusi Pondok yang diiktiraf oleh kerajaan.

Anjuran : Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang
Terbuka kepada semua pelajar-pelajar yang bermaustautin di Pahang yang mengikuti pengajian di IPT Awam/Swasta dan Pondok.

Syarat-syarat kelayakan memohon adalah seperti berikut:

a) Pemohon hendaklah warganegara MALAYSIA dan beragama ISLAM.
b) Pemohon yang dilahirkan dalam negeri Pahang dan menetap di Pahang ; atau pemohon yang telah bermastautin lebih7 tahun dan berhasrat untuk menetap di Negeri Pahang; (Pemohon Kategori ini hendaklah mengemukakan surat pengesahan bermastautin dari Ketua Kampung dan Penghulu setempat)
c) Pemohon yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah sepenuh masa atau Diploma sepenuh masa atauPondoksahaja,
d) Lulus peperiksaan Semester/ Tahun yang terkini.


Dah yang paling penting tarikh tutup permohonan pada
31 MEI 2013


Mula-mula, pemohon perlulah mendaftar bagi memohon dermasiswa ini. Permohonan ini adalah secara atas talian(Online). 
Isikan nama penuh, no kad pengenalan, kata laluan(sebanyak 8 aksara), emel dan juga nama ibu pemohon.Setelah selesai daftar, pemohon perlu log masuk(log in) ke dalam websitetersebut. Isikan segala maklumat yang diperlukan. Maklumat yang diisikan perlulah betul, jika terdapat sebarang kesalahan permohonan anda akan ditolak.
Setelah mengisi kesemua maklumat yang diminta dengan lengkap, pemohon perlulah mencetak borang pengesahan permohonan tersebut pada kertas bersaiz A4. Pemohon juga perlu menyertakan sekali gambar berukuran paspot, perakuan belajar oleh Penolong Pendaftar (Akademik) Pusat Pengajian, pengesahan pinjama/tajaan oleh Penolong Pendaftar (HEP) Pusat Pengajian, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan keputusan peperiksaan terkini dan maklumat akaun bank pemohon(nama bank & no akaun).

Permohonan adalah secara atas talian yang boleh didapati di laman webhttp://esistem.muip.gov.my/Dermasiswa/edermasiswa.htm. Sebarang pertanyaan:

Unit Zakat & Baitulmal (Pendidikan)
Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang
26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.
Hakcipta Terpelihara 2008
Tel : +609 4221311 Fax : +609 4221885
e-mail: dermasiswa@muip.gov.my

Maklumat Lanjut boleh layari : www.muip.gov.my



Model Pengurusan Bilik Darjah


1.0    Model-Model Modifikasi Pengurusan Bilik Darjah

Dalam menguruskan bilik darjah, ahli-ahli teoris dan para pendidik telah mengemukakan beberapa model pengurusan bilik darjah. Model-model ini berlandaskan aras kawalan yang berbeza, iaitu daripada kawalan luaran sehingga kawalan kendiri. Berikut merupakan model-model modifikasi tingkah laku yang telah dipelopori oleh ahli-ahli teoris dalam pengurusan bilik darjah. Antaranya adalah Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logika Dreikurs, Model Terapi Realiti Glasser dan Model Pengurusan Kelompok (Kounin).
Namun begitu, terdapat juga model-model lain yang berkaitan dengan Pengurusan Bilik Darjah dan tingkah laku pelajar. Antaranya ialah Model Disiplin dengan Digniti Curwin & Mendler, Model Melangkah Disiplin Kohn, Model Dalaman Disiplin Coloroso, Program Organisasi Bilik Darjah & Pengurusan Everston, Model Aliran Kemahiran Goldstein & Mc Ginnis dan Model Penyelesaiaan Konflik & Mediasi Rakan Sebaya.

1.1         Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner
Menurut ahli Behavioris, pengukuhan adalah elemen yang sangat berkesan untuk mengajar tingkah laku baru yang wajar serta mengubah tingkah laku semasa yang kurang wajar. Model ini menekankan suatu pendekatan yang sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman yang berbentuk peneguhan positif dan peneguhan negatif.
Untuk mendapatkan tingkah laku yang baik, ia boleh dimajukan dengan menggunakan peneguhan. Teori Tingkah laku Skinner telah mengutarakan satu konsep yang dikenali sebagai satu pengukuhan kontigensi iaitu hubungan antara tingkah laku dan kawalan tingkah laku secara berkesan. Dalam konteks bilik darjah, pengukuhan positif diberikan kepada murid-murid yang melakukan tingkah laku yang diingini. Pengukuhan positif ini boleh diberi dalam bentuk ganjaran material dan kata-kata pujian. Manakala, pengukuhan negatif pula adalah rangsangan yang ditarik balik supaya murid-murid menunjukkan tingkah laku yang diingini.
Secara umumnya, terdapat tiga andaian asas yang menerangkan tentang konsekuen tingkah laku. Pertama iaitu tingkah laku yang diikuti oleh ganjaran iaitu pengukuhan akan lebih kerap berlaku.Kedua, tingkah laku yang diikuti oleh hukuman tidak akan berlaku dengan kerap ataupun langsung tidak akan berlaku. Ketiga, tingkah laku akan dihapuskan atau lenyap sekiranya ianya tidak diperkukuhkan.
Dengan kata lain, tingkah laku dilazimkan oleh konsekuen yang timbul, ia akan bertambah teguh jika pengukuhan diberikan dengan serta merta dan sebaliknya akan menjadi lemah jika pengukuhan tidak diberikan.

1.2         Model Disiplin Asertif Canter
Model Disiplin Asertif telah dipelopori oleh Lee and Marlene Canter pada tahun 1976. Model ini melatih murid-murid untuk menerima konsekuen bagi tindakan mereka. Model ini mempunyai beberapa prinsip tersendiri.
Pertamanya adalah guru harus memberi pengukuhan pada tindakan yang wajar. Kedua, tanggungjawab merupakan nadi disiplin asertif dan guru harus bersifat asertif ketika mengawal kelas. Selain itu, guru juga haruslah merangka sistem ganjaran dan dendaan yang boleh dijadikan rujukan murid mengenai tingkah laku yang baik dan buruk.
Canter juga memberi pandangan beliau terhadap guru asertif. Menurut Canter, “guru asertif menggangap murid mereka sebagai pesalah”. Dalam model ini, jika guru ingin mengawal kelas tersebut dan mengajar dengan berkesan, maka guru hendaklh sentiasa bersifat tegas. Perbuatan mereka ini mungkin memberi rasa tidak selesa kepada murid-murid di dalam kelas yang diajar oleh mereka tetapi masalah tingkah laku akan dapat diselesaikan. Menurut Model Disiplin Asertif Canter juga, guru berkuasa menetapkan peraturan bilik darjah bagi mengawal tingkah laku murid-murid.
Ciri-ciri guru asertif yang ditekankan dalam Model Disiplin Asertif Canter adalah seperti guru asertif percaya kawalan guru yang tegas dalam sesebuah bilik darjah adalah yang terbaik untuk murid-murid mereka. Di samping itu, dengan adanya disiplin asertif, komunikasi di antara guru dengan murid adalah positif dan saling menghormati apabila tindakan diambil terhadap tingkah laku yang sesuai dalm bilik darjah. Pandangan guru asertif terhadap murid adalah bukan musuh, dan tidak menggunakan cara kasar, menyindir, ataupun bermusuhan dalam megawal kelas. Justeru, guru asertif mendengar secara teliti dan hormat penjelasan murid, bercakap dengan hormatnya kepada mereka dan melayani setiap individu secara adil.
Antara cara untuk mengaplikasikan model Disiplin Asertif Canter adalah jangan layan sebab yang ingin diterima untuk tingkah laku yang tidak diingini. Seterusnya, tentukan peraturan yang guru hendak melaksanankannya dalam bilik darjah. Selain itu, tentukan akibat negatif kerana tidak mematuhi peraturan bilik darjah. Di samping itu,jangan teruskan menghukum jika teknik perbincangan boleh mengurangkan situasi ketegangan. Tentukan akibat positif untuk tingkah laku yang sesuai, misalnya peneguhan positif atau ganjaran kumpulan pun boleh dipertimbangkan.


2.0 MODEL DISIPLIN SKINNER
Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) memperoleh Ijazah Kedoktoran dari Universiti Harvard pada tahun 1931 dalam bidang Psikologi dan banyak menerbitkan artikel dan buku berdasarkan kajian-kajian beliau terhadap tingkah laku manusia. Beliau berpendapat tingkah laku manusia banyak dipengaruhi oleh apa sahaja tingkah lakau yang berlaku sebaik sahaja ditunjukkan.  Beliau tidak mengkaji secara langsung tentang tingkah laku murid di dalam bilik darjah tetapi pengikut-pengikutnya telah mengaplikasikan konsep modifikasi tingkah laku ke dalam pengajaran di dalam bilik darjah, perkembangan kanak-kanak dan hubungan sosial antara individu.
Model Tingkah Laku ini menggunakan prinsip peneguhan yang menjurus kepada elemen-elemen luaran bagi mempengaruhi tingkah laku murid iaitu peneguhan yang menjadi rangsangan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Terdapat dua jenis peneguhan, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif berlaku apabila rangsangan diberikan seperti hadiah, pujian, dan sebagainya yang bertujuan untuk meningkatkan tingkah laku murid yang diingini. Manakala peneguhan negatif berlaku apabila rangsangan seperti majalah, komik dikeluarkan supaya murid-murid kembali menunjukkan tingkah laku yang diingini.
Sebagai contoh, murid akan diberikan ganjaran yang positif seperti mendapat hadiah dan pujian jika murid tersebut yang menunjukkan tingkah laku yang baik seperti tidak berbuat bising, melakukan kerja rumah dengan baik dan menyiapkan tugasan tepat masanya. Untuk peneguhan negatif pula, guru memberikan hukuman atau dendaan jika murid-murid melanggar peraturan seperti membaca komik semasa guru sedang mengajar dan guru merampas komik tersebut dengan harapan supaya murid kembali menumpukan perhatian kepada pengajaran guru. Komik tersebut bertindak sebagai rangsangan yang tidak diingini. Guru melakukan peneguhan negatif apabila murid-murid melakukan rangsangan yang tidak diingini. Apabila rangsangan dikeluarkan, guru dapat meningkatkan kembali tingkah laku murid yang diingini, iaitu memberikan perhatian semasa guru sedang mengajar.
Peneguhan berbentuk positif atau negatif digunakan untuk meneguhkan atau meningkatkan tingkah laku yang diingini. Peneguhan adalah berbeza dengan dendaan. Peneguhan merupakan tindakan untuk menghukum tingkah laku yang salah atau tidak diingini manakala dendaan pula merupakan tindakan yang diambil untuk mengurangkan tingkah laku yang diingini. Tingkah laku individu banyak dipengaruhi atau dibentuk oleh peneguhan yang diterima sebaik sahaja tingkah laku tersebut ditunjukkan. Menurut Skinner, untuk mendapat tingkah laku yang diingini, peneguhan atau ganjaran perlu diberi selepas seseorang menunjukkan tingkah laku tersebut. Rangsangan peneguhan ini diperoleh di dalam bilik darjah dalam bentuk kejayaan yang diraih selepas berusaha, penyetujuan atau penerimaan rakan sebaya, hadiah, senyuman, anggukan atau pujian yang diperoleh daripada guru.
Perubahan tingkah laku merujuk kepada tingkah laku yang digunakan oleh guru untuk membentuk tingkah laku yang diingini melalui peneguhan yang berkala. Tingkah laku yang seterusnya pula dipengaruhi dengan cara peneguhan itu diberikan. Melalui peneguhan yang tetap yang diberi setiap kali seseorang murid menunjukkan tingkah laku yang diingini, hal ini akan membantu membentuk tingkah laku baharu yang diingini. Sebagai contoh, guru boleh melibatkan murid-murid yang pemalu dalam setiap aktiviti bilik darjah. Guru perlu menggunakan peneguhan yang tetap dan berkala seperti memberikan pujian apabila setiap kali murid tersebut mengangkat tangan atau dapat menjawab dengan betul. Dengan peneguhan ini, murid-murid yang pemalu akan mula berani untuk mengangkat tangan dan melibatkan diri kerana diteguhkan, mendapat bimbingan atau mendapat ganjaran selepas dia menunjukkan tingkah laku tersebut. Apabila tingkah laku yang diingini telah ditunjukkan, guru mungkin akan mengurangkan peneguhan dan memberikan peneguhan tersebut apabila diperlukan sahaja, iaitu sebagai pengekalan kepada tingkah laku yang ditunjukkan. Apabila murid sudah berani melibatkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) seperti mengangkat tangan apabila soalan diberikan, guru tidak lagi perlu untuk memberikan pujian setiap kali murid melakukan perkara tersebut tetapu hanya meneguhkan pada waktu-waktu tertentu sahaja sekadar utnuk mengekalkan tingkah laku tersebut. Tingkah laku ini juga boleh hilang atau pupus sekiranya guru tidak memberikan peneguhan dalam jangka masa yang panjang. Sebagai contoh, murid yang mengangkat tangan tetapi tidak dipanggil oleh gurunya, lama-kelamaan murid akan berhenti daripada mengangkat tangan dan melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah.

3.0  MODEL DISIPLIIN ASERTIF CANTER
Model Disiplin Asertif Canter merupakan model disiplin yang berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini serta penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Canter berpendapat guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan-peraturan di dalam bilik darjah serta memastikan murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Model disiplin ini dilihat lebih menyerupai Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, namun model ini lebih menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta memastikan murid-murid mematuhi peraturan tersebut dengan tegas . Model ini juga  melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan.
Dalam model Disiplin Asertif, guru perlu mengendalikan bilik darjah dengan berinteraksi secara tenang, serius dan konsisten dengan murid. Canter menyatakan bahawa murid-murid berhak untuk mendapatkan suasana pembelajaran yang tenang dan teratur manakala guru pula berhak untuk mengajar tanpa gangguan. Canter berpendapat pihak pentadbir sekolah dan ibu bapa murid-murid perlu memberikan sokongan terhadap sistem pengurusan guru di dalam bilik darjah.
Menurut Canter, murid-murid memilih untuk  bertingkah laku .  Oleh yang demikian, guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan tingkah laku yang jelas di dalam bilik darjah. Apabila murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, guru memberikan peneguhan seperti penghargaan dan pujian. Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan, guru mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur, iaitu murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat dengan mematuhi peraturan.
 Dalam Model Asertif ini, guru-guru diberikan cadangan mengenai cara-cara untuk membimbing murid-murid supaya murid-murid dapat menunjukkan tingkah laku yang diingini. Perhatian yang positif perlu sentiasa diberikan kepada murid-murid, berinteraksi dengan murid-murid serta mewujudkan hubungan saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain.
Konsep utama dalam Model Disiplin Asertif Canter, ialah guru mempunyai hak untuk mengajar secara professional dan tanpa gangguan. Murid-murid pula mempunyai hak untuk belajar dalam keadaan yang selamat dan tenang. Hak-hak ini boleh dilaksanakan sekiranya guru bertanggungjawab memastikan tiada perkara atau tindakan yang boleh menghalang murid-murid daripada mendapatkan hak mereka. Model Asertif Disiplin menggariskan tiga jenis guru iaitu guru yang agresif, guru yang tidak asertif dan guru yang asertif.

a)    Guru yang agresif

Jenis guru yang agresif merupakan kalangan guru yang garang , kasar, tidak mesra, tidak bertimbang rasa dan sering menganggap murid sebagai musuh. Guru yang bersifat agresif ini berpendapat, untuk mengekalkan dan menguruskan aktiviti bilik darjah, mereka sebagai guru mesti menunjukkan kuasa dengan menetapkan peraturan dan tidak perlu bertolak ansur dengan murid. Mereka hanya memberikan arahan dan murid-murid perlu mengikut arahan tanpa bantahan. Ekspresi muka mereka sentiasa serius dan tegas. Guru-guru ini selalu menggunakan arahan-arahan yang keras dan tegas seperti ‘Duduk’, ‘Diam’, ‘Dengar sini!’..Arahan-arahan sebegini tidak menunjukkan kemesraan dan membuatkan murid berasa terancam dan menjadikan murid-murid hilang minat untuk belajar.

b)    Guru yang tidak asertif

Jenis guru yang kedua pula ialah merupakan guru yang menggunakan pendekatan yang pasif terhadap murid. Guru jenis ini gagal membantu murid-murid untuk membuat jangkaan tingkah laku yang diingini dan tidak konsisten dalam menangani tingkah laku murid. Kadangkala guru yang tidak asertif ini membenarkan suatu tingkah laku yang ditunjukkan di dalam bilik darjah tetapi pada masa yang lain mereka memarahi murid yang melakukan tingkah laku terssebut. Mereka selalu menggunakan frasa-frasa seperti ‘Tolonglah berkelakuan elok sikit’ atau ‘Berapa kali cikgu cakap, tolong diam!’. Mereka kelihatan kelam-kabut, tidak konsisten, tidak tegas dan sampai ketikanya murid-murid tidak akan lagi menghormati guru jenis ini. Kadangkala guru jenis ini akan menjadi putus asa dan tiba-tiba menjadi terlampau garang dengan murid-murid, tindakan guru yang tidak konsisten ini akan menyebabkan murid keliru dengan jangkaan dan tindakan guru. Hal ini menyebabkan aktiviti P&P gagal dan tidak mencapai objektif yang disasarkan.

c)    Guru yang asertif

Seterusnya, jenis guru yang asertif pula merupakan guru yang Jelas, yakin dan menyatakan jangkaan dan arahan yang konsisten dengan tegas. Guru yang asertif sering membina hubungan saling mempercayai dengan murid-murid dan membimbing murid-murid cara untuk menunjukkan tingkah laku yang menggalakkan kerjasama antara gur dengan murid-murid. Canter berpendapat pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin bilik darjah adalah dengan menggunkan pendekatan asertif. Guru yang mengamalkan pendekatan asertif ini tahu perkara yang diingini daripada murid-muridnya. Mereka akan menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku murid dan menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan yang boleh diterima oleh murid. Sebagai contoh, rutin dan perturan bilik darjah ditetapkan dengan jelas dan diterangkan kepada murid-murid tentang kepentingan rutin dan peraturan tersebut. Murid-murid juga diberitahu perasaan guru sekiranya mereka mematuhi atau melanggar peraturan tersebut. Murid-murid diterangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka melanggar peraturan. Penjelasan guru diterangkan secara perbincangan dengan murid-murid dan bukannya berbentuk ancaman.

Murid-murid juga sedar dan jelas sebab peraturan tersebut diadakan dan tahu akan kesan apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi. Guru yang asertif akan membantu murid-muridnya untuk memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah kegagalan. Guru asertif tidak membawa imej yang garang, kasar atau terlampau tegas. Mereka dapat mengenal pasti peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid dan pada masa yang sama mengambil berat dan berlaku adil terhadap semua murid. Mereka memberikan arahan dengan jelas dan tegas. Contohnya,‘Peraturan kelas kita ialah angkat tangan untuk menjawab soalan’ atau  ‘Angkat tangan dan tunggu dengan senyap, cikgu akan panggil awak’.

Setiap jenis guru ini akan memberikan kesan kepada pengurusan disiplin di dalam bilik darjah. Guru yang agresif akan menjadikan bilik darjah suram dan tidak menyeronokkan dan murid berasa takut dan terancam dengan perwatakan guru dan sering berasa tidak selesa. Hal ini akan menjadi penghalang kepada hubungan baik antara guru dengan murid. Hasilnya murid akan memberontak dan menunjukkan kelakuan negatif terhadap pembelajaran dan guru.

Guru yang tidak asertif pula akan  menjadikan murid berasa kurang selamat dan berputus asa di dalam bilik darjah. Guru dalam kategori ini tidak dapat memenuhi keperluan murid dan seterusnya akan memberikan tekanan kepada kedua-dua belah pihak. Kadangkala jenis guru tidak asertif ini suka bertindak dengan tegas dan kadangkala hanya membiarkan sahaja tingkah laku tersebut berlaku di dalam bilik darjah. Hal ini akan menyebabkan murid berasa keliru dan akan membuatkan hilang rasa hormat murid terhadap guru.

Guru yang asertif pula akan memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak guru dan murid. Guru asertif memberikan peluang kepada guru dan murid untuk memenuhi keperluan masing-masing. Mereka menggalakkan kerjasama dan membantu murid-murid mengaplikasikan tingkah laku yang diingini. Guru boleh diharapkan untuk memberikan jangkaan yang sesuai kepada tingkah laku dan kebolehan mereka. Guru asertif bersifat konsisten, adil dan boleh memenuhi kehendak murid. Hal ini dapat membantu membina persekitaran pembelajaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran murid.

Cara pengurusan disiplin asertif dapat dirumuskan melalui konsep yang telah dibincangkan. Canter mencadangkan guru-guru perlu membuat perancangan disiplin secara bertulis dan formal yang menyatakan dengan jelas peraturan dan rutin, pengiktirafan dan akibat daripada salah laku. Peraturan dinyatakan dengan jelas tentang tingkah laku yang diingini daripada murid, iaitu tingkah laku ini boleh diperhatikan dengan jelas oleh guru dan tidak berbentuk akademik seperti meminta murid menghantar latihan yang sudah siap kepada guru dan mengambil latihan pengayaan bagi memenuhi masa yang ada.

Menurut Canter, pengiktirafan perlu digunakan selalu bagi meningkatkan konsep kendiri dan keyakinan diri murid. Pengiktirafan dilihat merujuk kepada perhatian khusus yang diberikan oleh guru apabila murid menunjukkan tingkah laku yang diingini. Dengan cara ini, guru dilihat sebagai penggalak kepada tingkah laku yang diingini  dan boleh membina persekitaran pembelajaran yang positif. Cara yang boleh digunakan untuk memberikan pengiktirafan  kepada murid termasuklah memberikan galakan, menghargai tingkah laku murid, memberikan komen positif dan memaklumkan tingkah laku murid yang baik kepada ibu bapa.

Akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Tindakan pembetulan bukanlah bertujuan untuk mendera murid secara fizikal atau psikologi walaupun kadangkala tindakan pembetulan akan menimbulkan rasa kurang selesa murid. Canter menegaskan matlamat tindakan pembetulan dapat memberikan keadilan kepada semua dan tindakan itu perlu konsisten. Apabila tindakan pembetulan hendak dikenakan kepada murid, murid tersebut perlu diberitahu bahawa disebabkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka bercanggah dengan peraturan yang telah ditetapkan, maka tindakan pembetulan ini perlu dilaksanakan. Guru perlu merancang dan melaksanakan pelan-pelan pengurusan disiplin bagi menjelaskan peraturan-peraturam yang dilaksanakan.
Guru-guru boleh menggunakan langkah-langkah bagi menerangkan pelan-pelan pengurusan disiplin kepada murid-murid. Pertamanya, guru perlu menerangkan kepada murid-murid mengapa peraturan-peraturan tersebut diperlukan. Hal ini bertujuan memberikan pemahaman kepada murid-murid mengenai kehendak guru terhadap murid-murid. Seterusnya, guru perlulah menerangkan kepada murid-murid bagaimana peraturan yang telah dibuat itu perlu dilaksanakan supaya murid-murid faham dan jelas akan tanggungjawab yang perlu dibuat berdasarkan peraturan tersebut. Guru perlu menyemak kefahaman murid terhadap peraturan yang telah diterangkan. Guru perlu menerangkan ganjaran yang akan diperoleh oleh murid-murid jika mengikut peraturan ataupun melanggar peraturan. Seterusnya, tindakan pembetulan perlu dikenakan kepada sesiapa yang melanggar peraturan dan guru harus menerangkan dan menunjukkan mengapa pembetulan perlu dikenakan. Seterusnya, guru perlu menyemak semula kefahaman murid sama ada murid lebih memahami atau sebaliknya dan tindakan susulan perlu dilakukan sekiranya murid masih tidak memahami.

Tayamum

Menggunakan tanah yang bersih dan berdebu. Jika kita sakit dan dinasihatkan oleh Doktor kita tidak boleh terkena air atau kita berada di suatu tempat yang tiada air. Maka kita bolehlah bertayamum untuk menggantikan wuduk.


Fardu Tayamum
  • 1. NIAT, Membaca niat sebelum bertayamum, tekan kedua tapak tangan di atas tanah yang bersih dan berdebu. "Nawaitut tayamumma liistibahatis solaah" ertinya "Sahaja aku tayamum kerana menguruskan sembahyang ".
  • 2. MUKA, Menyapu muka dengan tanah yang bersih dan berdebu dengan sekali tepukan.
  • 3. TANGAN, Menyapu tangan kanan hingga sampai ke siku dengan tanah yang bersih dan berdebu dari tepukan yang kedua kalinya, kemudian tangan kiri.
  • 4. TERTIB, bermakna mengikut urutan atau turutan (dahulukan niat, muka kemudian tangan).


Syarat-syarat Tayamum
  • 1. Sesudah masuk waktu sembahyang (sebelum masuk waktu tidak boleh bertayamum).
  • 2. Sesudah berusaha atau berikhtiar mencari air tetapi tidak berjumpa atau air yang hendak digunakan terlalu sedikit ataupun cuma untuk minuman sahaja.
  • 3. Sebelum melakukan tayamum hendaklah terlebih dahulu menghilangkan najis jika ada.
 
Sunat-sunat tayamum
  • 1. Menghadap ke arah Kiblat.
  • 2. Membaca "Bismillah hirrahman nirrahim".
  • 3. Menipiskan debu di tangan.
 
Perkara yang membatalkan tayamum


  • 1. Segala apa perbuatan atau perlakuan yang membatalkan wuduk maka akan batal juga tayamum.
        2. Terdapat air setelah hendak melakukan sembahyang.

Sistem Token




Token berfungsi seperti wang yang dapat ditukar dengan barangan yang digemari atau aktiviti yang menyeronokkan bagi murid.

Prinsip-prinsip Penggunaan Sistem Token:

Mengenalpasti tingkah laku spesifik yang diberi token
Menggunakan token yang senang dicari
Memilih peneguh/ganjaran yang sesuai melalui token yang dikutip
menetapkan masa memberi token dan masa token ditukar dengan ganjaran .

PENDEKATAN MEMOTIVASIKAN PELAJAR




  1. Ganjaran





Pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Lihat apa kebaikan dan kelebihan pelajar dan suburkannya, mereka pasti mengulangi kebaikan ini di lain masa. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, pelepasan dari tugas harian dan sebagainya.


  1. Berikan Kata Perangsan

Cipta beberapa kata jaya yang menjadi perangsang kepada pelajar anda. Ulangi kata-kata ini. Lekatkan kata-kata ini dalam kelas supaya ia lazim dalam pemikiran pelajar.
Contohnya :
“Doing the best at this moment puts you in the best place for the next moment”
“Nobody plan to fail but many fail to plan. So, lets plan our work and work our plan”
“Problems and difficulties give us the chance to become stronger… and better… and tougher.”