Fardu Tayamum
- 1.
NIAT, Membaca niat sebelum bertayamum, tekan kedua tapak
tangan di atas tanah yang bersih dan berdebu. "Nawaitut tayamumma
liistibahatis solaah" ertinya "Sahaja aku tayamum
kerana menguruskan sembahyang ".
- 2.
MUKA, Menyapu muka dengan tanah yang bersih dan berdebu
dengan sekali tepukan.
- 3.
TANGAN, Menyapu tangan kanan hingga sampai ke siku dengan
tanah yang bersih dan berdebu dari tepukan yang kedua kalinya, kemudian
tangan kiri.
- 4.
TERTIB, bermakna mengikut urutan atau turutan (dahulukan
niat, muka kemudian tangan).
Syarat-syarat Tayamum
- 1.
Sesudah masuk waktu sembahyang (sebelum masuk waktu tidak boleh
bertayamum).
- 2.
Sesudah berusaha atau berikhtiar mencari air tetapi tidak berjumpa atau
air yang hendak digunakan terlalu sedikit ataupun cuma untuk minuman
sahaja.
- 3.
Sebelum melakukan tayamum hendaklah terlebih dahulu menghilangkan najis
jika ada.
Sunat-sunat tayamum
- 1.
Menghadap ke arah Kiblat.
- 2.
Membaca "Bismillah hirrahman nirrahim".
- 3.
Menipiskan debu di tangan.
Perkara yang membatalkan tayamum
2. Terdapat air setelah hendak melakukan sembahyang. - 1. Segala apa perbuatan atau perlakuan yang membatalkan wuduk maka akan batal juga tayamum.
No comments:
Post a Comment