Thursday 21 March 2013

“CITA-CITA SAYA”


Aktiviti 2

OBJEKTIF :

1. Pelajar dapat menyenaraikan kaedah-kaedah yang boleh dilakukan untuk mencapai cita- cita mereka.
2. Pelajar dapat melaksanakan kaedah yang diberi dengan jayanya.
3. Pelajar mengetahui dan boleh mengatasi masalah serta rintangan di dalam melaksanakan kaedah-kaedah ke arah mencapai cita-cita mereka.

Bahan : Alat Tulis, Kertas A4

Langkah :

1. Guru mengedarkan kertas A4 kepada setiap murid.
2. Guru menerangkan tugasan yang perlu dilakukan oleh murid.
3. Murid menulis dan menyenaraikan kaedah-kaedah ke arah mencapai cita-cita tanpa
pengetahuan rakan-rakan.
4. Setelah selesai, secara rawak pelajar membacakan kaedah-kaedah yang ditulis oleh mereka.
5. Guru menyenaraikan semua kaedah-kaedah tersebut di papan tulis.

Guru menerangkan :

1. Untuk merealisasikan cita-cita terdapat pelbagai kaedah yang boleh diikuti.
2. Apa juga permasalahan yang timbul semasa melaksanakan kaedah tersebut, perbincangan boleh dibuat dengan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan.
3. Setiap usaha atau kerja perlu dilaksanakan secara terancang, teliti dan sistematik.
4. Kejayaan boleh dicapai melalui usaha-usaha yang betul, berterusan dan bersungguh- sungguh tanpa mengenal erti putus asa.
5. Setiap perancangan mesti dilaksanakan, dinilai, dibaiki dari masa ke semasa untuk mencapai cita-cita.


p/s:  Setiap aktiviti mestilah diakhiri dengan pengajaran dan nilai-nilai murni agar murid dapat menghayati dan mengamalkan dalam kehidupan mereka.

No comments:

Post a Comment